KUCHING: Walaupun telah berhijrah ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjanji tidak akan sesekali melupakan penduduk di Satok.
Ahli DUN (ADUN) Gedong itu berkata, di bawah kerajaan negeri Sarawak, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Tambahnya, keputusan untuk bertanding di Gedong sebelum ini sepenuhnya atas komitmen yang tinggi untuk membawa pembangunan yang sekata antaranya di kawasan barat Sarawak.
“Sebelum saya bertanding di Gedong, saya minta restu rakyat di Satok terlebih dahulu, pastinya kita sudah mempunyai perancangan untuk membangunkan lembangan pesisiran ini daripada Gedong, Simunjan, Lingga, Asajaya, Sadong Jaya, terus ke Sebuyau.
“Sudah tentu kita dapat membuka sektor pertanian dan sektor pelancongan, Gedong dengan Satok tidak akan begitu jauh perbezaannya, jika jalan raya pesisir ini siap, perjalanan ke Gedong daripada Kuching akan lebih singkat sekitar 40 minit menerusi Samarahan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Kesyukuran Bersama Ketua Menteri Sarawak anjuran Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di sini malam tadi.
Tambahnya, apa yang penting adalah usaha kerajaan untuk membuka kawasan pertanian baharu terus dilaksanakan dengan konsisten bagi melancarkan ekonomi penduduk di luar bandar.
“Kini kita sedang membina benteng di Kampung Sebangan dan Sebuyau dengan peruntukan RM400 juta bagi memastikan produk pertanian dapat diusahakan, terutama penanaman kelapa spesies terbaik bagi tujuan komersil.
“Kesimpulannya, kita akan bangunkan kawasan luar bandar dengan meningkatkan kegiatan ekonomi tempatan, di seluruh barat Sarawak juga akan kita bangunkan selari dengan wilayah tengah Sarawak,” katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) lalu, Abang Jo melepaskan Satok dan bertanding di Gedong buat pertama kalinya sebelum memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,607 undi.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Jan 23 2022
ABANG JOHARI: Kita akan bangunkan kawasan luar bandar dengan meningkatkan kegiatan ekonomi tempatan, di seluruh barat Sarawak juga akan kita bangunkan selari dengan wilayah tengah Sarawak. - Gambar fail
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi.
PRN Sarawak: Tiga penggal jadi pengundi tunggal DUN Gedong
Lans Koperal Kelana Ponibot memegang status sebagai pengundi tunggal di kawasan itu sejak tiga penggal lalu.
PRN Sarawak: Harapan penduduk Gedong kepada Abang Johari
Selain pembangunan infrastruktur, pemimpin nombor satu Sarawak itu diharap membawa limpahan kemajuan di DUN Gedong.
PRN Sarawak: Parti politik tumbuh seperti cendawan selepas hujan - Abang Johari
Seramai 349 calon bakal berentap di 82 DUN pada PRN12 Sarawak yang ditetapkan pada 18 Disember ini.
PRN Sarawak: Abang Jo yakin rakyat mampu menilai pentadbiran GPS
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong itu menambah, GPS dijadual mengumumkan manifesto pada 8 Disember ini.
Saya dilabel 'giant killer' - Calon PSB tidak gentar berdepan Abang Jo
Mohamad Sofian menegaskan tidak akan sesekali gentar berdepan dengan figura politik tersohor, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
PRN Sarawak: Pindah ke DUN Gedong, Abang Jo mahu berbakti di luar bandar
Abang Johari akan menggantikan penyandang, Datuk Mohd Naroden Majais, yang sebelum ini mengumumkan untuk mengundurkan diri.
PRN Sarawak: Abang Jo ubah angin dari Satok ke Gedong
Beliau yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Satok selama lapan penggal menggantikan Datuk Mohd Naroden Majais di kerusi DUN tersebut.
PRN Sarawak: "Mun sik jadi calon lagik, kamek sik akan lupak rakyat Gedong"- Naroden
Datuk Naroden Majais berjanji akan terus berbakti kepada masyarakat di kawasan berkenaan walapun tidak lagi terpilih menjadi calon.